Lapan penunggang basikal maut

0
421

Johor Bahru: Lapan maut manakala empat lagi parah apabila basikal dinaiki mereka dirempuh Nissan Almera di Jalan Lingkaran Dalam arah Dataran Bandaraya, 3.30 pagi tadi.  Difahamkan, kumpulan 16 penunggang basikal berusia antara lapan hingga 16 tahun itu berkumpul di simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah sebelum bersama-sama bergerak ke lampu isyarat berhanpiran Hotel Thistle di Jalan Sungai Chat di sini.

  Bagaimanapun, kumpulan dipercayai dari Kampung Seri Makmor Plentong dan Pasir Gudang itu tiba-tiba dirempuh kereta terbabit dari belakang.

  Menurut laporan Harian Metro Kumpulan berkenaan dikatakan sering berbasikal di lokasi itu hampir setiap minggu.

  Bagaimanapun, biasanya aktiviti mereka bermula jam 12 tengah malam namun mereka dikatakan bermula lewat, malam tadi berikutan jalan ditutup untuk perayaan Chingay.

  Jurucakap polis mengesahkan kejadian dan berkata satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat.
Sumber- Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here