Warga Batu Pahat jadi hero tahan pencuri

0
7438

Berkat pertolongan orang awam, dua lelaki berusia 29 tahun berjaya ditahan  di depan sebuah dewan di Kilometer 32 Jalan Batu Pahat- Ayer Hitam kira-kira 4 petang semalam kerana mencuri buah kelapa sawit menggunakan Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan jenayah dilakukan dua lelaki terbabit.

Katanya, dua anggota dari Balai Polis Ayer Hitam dibantu anggota trafik yang melakukan tugas kawalan lalu lintas kemudiannya bertindak menahan kenderaan dinaiki suspek.

“Polis bertindak merampas sebuah Proton Iswara dan sebatang pahat sawit serta 29 tandan buah sawit,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here