Perawan atau Janda? Dua-dua tumpas!

0
519

Dua wanita digelar sebagai Geng Perawan dan Janda ditahan polis di Bandar Tenggara, Kulaijaya malam tadi.

Kedua-duanya yang menyamar sebagai jururawat itu  melarikan barangan kemas RM25,000 milik seorang wanita berusia 63 tahun di Parit Selamat, Yong Peng, di sini 7 April lalu.

Geng perawan dan janda itu dikenali sebagai Norita Asri, 35, dan Nur Asyikin Syakira Abdullah, 25.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, bertindak di atas maklumat, pada 10.35 hingga 11 malam tadi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat membuat tangkapan ke atas penjenayah di Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan bersabit kes mencuri barangan kemas milik Zabaidah Aspan, selepas menyuntiknya dengan ‘cecair misteri’ hingga membuatkan mangsa khayal.
“Tangkapan kedua-duanya untuk siasatan bersabit kes mencuri dengan menyamar sebagai jururawat dan mangsa warga emas di Yong Peng seperti pernah dilaporkan pihak media sebelum ini.

“Kedua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes,” katanya

 

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here