Restoran di Ayer Hitam diarah tutup, kotor katanya…

0
1287

Sebuah restoran mamak terletak di  Bandar Baru Ayer Hitam diarah tutup serta merta apabila gagal mengikut peraturan terutama membabitkan aspek kebersihan.

Arahan penutupan oleh Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) dan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat itu dibuat apabila pemilik kedai makan didapato mengabaikan kebersihan yang dikhuatiri memberikan kesan kepada pelanggannya.

Yang Dipertua MDYP, Ropie Subari berkata, mereka tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kedai makan yang beroperasi dengan tidak mengikut peraturan.


Menurut Ropie lagi, kedai terbabit turut melakukan kesalahan lain iaitu mengambil pekerja termasuk tukang masak beragama hindu. Ia jelas boleh mengelirukan pelanggan.

Katanya, pihaknya akan memaklumkan kepada Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) untuk tindakan yang selanjutnya agar mana-mana kedai makan yang menyediakan makanan untuk mereka yang beragama Islam, penyedia makanan perlulah beragama Islam.

“Bagi kedai ‘mamak’ ini, ianya telah disiasat mengikut Seksyen 10, Akta Makanan 1983 dan jika terbukti melakukan kesalahan di bawah akta ini, kedai ini boleh diarah tutup selama dua minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here