انا لله وانا اليه راجعون Al-Fatihah Adik Muhamad Al-Fateh Abdullah

0
481

Kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera keluarga angkatnya seperti yang dilaporkan media semalam, telah pun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), hari ini.

Muhamad Al Fateh Abdullah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.45 tengah hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi sebentar tadi.

Ibu bapa angkat kanak-kanak itu yang berumur 30 dan 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here