Adik Muhamad Al Fateh selamat dikebumikan

0
586

 

Jenazah kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera iaitu adik Muhamad Al Fateh Abdullah selamat dikebumikan. Kanak-kanak syurga itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Raja Batu Pahat Johor kira kira 8.30 malam.

Jenazah sebelum itu dituntut oleh ahli kandungnya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail  selepas selesai bedah siasat iaitu kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Pintas Puding Parit Raja untuk disolatkan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung. Suasana pilu ternyata menyelubungi perkarangan tanah berkuburan.

Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, suspek iaitu ibu dan bapa kandung mangsa direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here