82 hari membesar dalam wad

0
312

SALAM SAHABAT, INI ANAK SYURGA SAYA, SEJAK LAHIR SAMPAI SEKARANG HIDUPNYA MEMBESAR DI DALAM WAD. UMURNYA SUDAH 82 HARI,
SAYA MOHON DOA DARIPADA SAHABAT SEMOGA ANAK SAYA SEMBUH SEPERTI ANAK-ANAK YANG LAIN.

Demikian rintihan seorang ayah yang sebak memikirkan nasib anak lelakinya, Muhamad Arjuna Hafizi berusia 82 hari yang menderita masalah gangguan saraf di otak

Malah kisah Arjuna mula tular apabila rintihan Mohd Hafizi Jumhari, 30, mula disebarkan di laman sosial seperti Whatsapp dan Facebook.

Menurut Hafizzi, sejak dilahirkan, Arjuna hanya mampu terbaring di katil malah hospital seakan menjadi ‘rumah’ utamanya sejak dilahirkan pada 30 April lalu.

Arjuna yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu kini ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru sejak Isnin lalu selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat sejak lahir.

“Sejak hari pertama di HSI, Arjuna menerima rawatan termasuk dipasang wayar, diambil air tulang belakang untuk mengetahui jenis virus yang menyerang otaknya selain sawan.

“Alhamdulillah sawannya berkurang sedikit berbanding kira-kira 50 kali serangan seperti sebelum ini namun pada hari pertama dimasukkan ke HSI, doktor ada mengatakan keadannya sangat tidak baik,” katanya.

Sama-sama kita mendoakan kesihatan Arjuna dan orang yang ingin membantu boleh terus hubungi 012-9930360 (hafizi)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here