Bayi terpaksa telan 9000 biji pil sejak lahir

0
461

 

“Saya sendiri pun tidak tahu apa lagi usaha yang perlu dilakukan, ubat hospital sudah, rawatan alternatif sudah termasuk rawatan Islam dan rawatan tradisional…apa pun saya reda dengan ketentuan yang telah diberikan,” kata Mohd Hafizi Jumhari,30

 

Mohd Hafizi merupakan bapa kepada seorang bayi yang berusia empat bulan, Muhammad Arjuna Mohd Hafizi, yang perlu bergantung dengan 108 biji pil setiap hari, yang perlu dimakan setiap dua jam bagi sembilan jenis ubatan.

 

Katanya, anaknya itu disahkan doktor telah menghidap penyakit sawan, radang paru-paru, darah tinggi kronik dan jangkitan kuman di otaknya, yang mengakibatkannya berkedaan koma sebelum ini, yang hanya kedengaran tangisan ya ketika itu.

 

 

“Derita Muhammad Arjuna ini bermula semenjak dia dilahirkan lagi dan terpaksa menghabiskan masa selama 113 hari di dua hospital iaitu, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

 

“Di HSNI dia menghabiskan masa selama 79 hari sebelum dimasukkan ke HSA sebelum dibenarkan pulang pada minggu setelah keadaannya ada petunjuk positif yang kini dia sudah boleh menggerakkan sedikit kaki dan sudah boleh tersenyum.

 

“Selain bergantung hidup dengan sembilan jenis ubat yang perlu dimakan setiap dua jam, dia juga hanya meminum susu yang disalurkan melalui tiub,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Taman Bilal, Parit Bilal semasa lawatan Umno Bahagian Batu Pahat dan memberikan sumbangan kepada Muhammad Arjuna.

 

Antara ubat-ubatan yang perlu di makan oleh Arjuna. Foto – MyBP

 

Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Timbalannya, Zaidi Japar serta Ketua Biro Kebajikan, Mohd Hamidi Mad Tap.

 

Tambahnya lagi, bagi menjaga anak bongsu daripada lima beradik itu, isterinya, Norismaliza Ahmad, 27, terpaksa berhenti kerja sebagai jurumekap untuk menjaga anaknya itu

 

Katanya, yang berniaga Roti John juga terpaksa menutup gerai miliknya sementara waktu dan menumpukan perhatian kepada anaknya yang memerlukan rawatan susulan di HSNI dan HSA, setiap minggu

 

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan rombongan program Ziarah Kasih ke kediaman Mohd Hafizi Jumhari di Batu Pahat. Foto – MyBP

 

“Kini kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi yang kini anak saya ini turut mengalami bengkak di buah pinggangnya, akibat terlalu banyak makan ubat setiap hati.

 

“Walau apa juga yang berlaku kami akan tetap menjaganya sebagaimana anak yang lain…selain menganggap ada hikmah di sebalik kejadian ini

 

“Kami sekeluarga juga tidak akan berputus asa untuk ikhtiar mencari ubat untuk anak bongsu kami ini,” katanya

 

Terdahulu kisah yang membabitkan Muhammad Arjuna ini disiarkan di akbar tempatan dan kepada sesiapa yang ingin membantunya boleh menghubungi Mohd Hafizi di talian 012-993 0360

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here