NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PARIT KEROMA LAUT. 

0
236

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang hilang semasa sedang mendirikan pondok kupang di perairan Parit Keroma Laut hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Muaz bin Abdul Mutalib berumur 20tahun difahamkan cuba untuk menyelamatkan bot yang sedang dihanyutkan arus  semasa sedang mendirikan pondok kupang dikawasan tersebut. Gerakan mencari dan menyelamat dimulakan setelah menerima laporan kejadian kira-kira pada jam 3.30 petang daripada bapa mangsa. Mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berbaju sewaktu jatuh.

Menurut Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Muhammad Zulkarnain Bin Abdullah “Sebuah bot ronda Maritim Malaysia digerakan untuk menjalankan operasi SAR serta dibantu oleh sebuah bot Pasukan Gerakan Marin Polis DiRaja Malaysia dan beberapa bot milik penduduk kampung”.

Zulkarnain juga mengingatkan kepada semua komuniti maritim yang keluar ke laut membuat sebarang aktiviti agar sentiasa mengutama dan menitikberatkan soal keselamatan semasa di laut serta sentiasa memastikan peralatan seperti jaket keselamatan sentiasa dalam keadaan baik dan dipakai semasa melakukan aktiviti. Selain itu, beliau berharap komuniti maritim dapat memberi kerjasama memastikan keselamatan sentiasa dijadikan keutamaan dalam semua situasi.

Dalam kenyataannya lagi, beliau berharap agar keluarga mangsa bersabar dan berdoa semoga mangsa dalam keadaan yang selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here