Perpaduan Bangsa Johor Dipupuk Melalui Kebudayaan

0
293

Hampir 3000 pengunjung hadir dalam Festival 24 Gendang Cina 2017 di Batu Pahat yang dianjurkan oleh Persatuan Teo Chew Batu Pahat semalam.

 

 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Japar berkata, penglibatan pelbagai kaum dalam persembahan seumpama itu dan ini memberi gambaran bahawa perpaduan khususnya dalam kalangan golongan muda boleh dipupuk demi kebaikan negeri Johor dan negara.

 

 

“Menariknya festival ini ialah apabila saya berpeluang melihat penglibatan bukan sahaja daripada kaum cina sahaja, malah kaum melayu dan india juga turut sertai festival berkenaan.

 

“Aktiviti ini mampu mendidik anak-anak dan golongan muda termasuk pelajar supaya menghormati bangsa dan agama lain dalam kehidupan seharian dan boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.

 

 

“Ia juga mampu melahirkan golongan masyarakat yang saling menghormati adat dan budaya masing-masing tanpa perlu mempersoalkan isu-isu negatif yang boleh mendatangkan keresahan antara kaum, katanya selepas merasmikan festival berkenaan semalam.

 

Menurut beliau, atas rasa semangat perpaduan bangsa Johor dan sokongannya terhadap aktiviti yang sangat berfaedah itu beliau turut memberi sumbangan peribadi kepada penganjur festival berkenaan,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here