Sebelum Anda Mengundi Rabu Ini, Ketahuilah 5 Sebab Mengapa Zaidi Japar Calon Terbaik!

0
6801

“Pesanan saya kepada warga Senggarang, jika nak memilih wakil rakyat, biarlah wakil rakyat yang boleh memajukan kawasan kita di DUN Senggarang dan Parlimen Batu Pahat ini. Biarlah wakil rakyat yang mudah ditemui, yang mampu tolong rakyat,”

Kurang beberapa jam selepas artikel ini ditulis, pastinya penduduk Batu Pahat sedang bersiap sedia untuk keluar mengundi.

Namun, sebelum mengundi, adakah keputusan yang dibuat itu benar-benar tepat? Adakah calon yang dipilih mampu menggalas tanggungjawab kemudian hari?

Jika anda masih ragu-ragu, kenali terlebih dahulu mengapa calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Zaidi Japar, 49 ini dirasakan lebih layak berbanding lain.

Ini lima perkara yang anda perlu tahu mengenai anak jati Kampung Parit Bilal ini.

  1. BUKANLAH DARIPADA LATAR BELAKANG KAYA RAYA, BELIAU KENAL ERTI SUSAH
Mac2016

Tidak semua dilahirkan senang, begitu juga calon ini.

Menerusi Berita Harian, Zaidi mendedahkan beliau menjadi anak yatim ketika berusia lima bulan apabila ayahnya, Japar Shadat meninggal dunia.

Disebabkan itu, beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah beliau pernah menjadi buruh kasar pada usianya mencapai belasan tahun.

“Semasa berusia 19 tahun, saya bermandi peluh di tepi jalan sekitar bandar Batu Pahat mengorek lubang, memasang kabel dan paip, menyusun batu-bata atau menurap tar sebagai buruh am di sebuah syarikat kontraktor tempatan,” katanya.

Bukan untuk menangih simpati, namun zaman susah inilah sedikit sebanyak memudahkan kita menyelami masalah ramai pihak.
2. BERJAYA ATAS USAHA SENDIRI

Tidak salah untuk mendapatkan bantuan, namun kejayaan lebih bermakna jika diusahakan sendiri.

Ketekunan dan usahanya berterusan sehingga beliau mendapat lesen kontraktor kelas F dan mengusahakan syarikat sendiri, Zaidi Plumber & Contractor (ZPC) dengan modal RM20,000 ketika usianya baru 25 tahun.

Rezeki yang diperoleh hasil perniagaan bukan dibelanjakan untuk diri sendiri dan keluarganya sahaja, tetapi turut disalurkan juga kepada masyarakat serta peruntukan untuk tujuan kebajikan.

(Golongan muda, anda boleh belajar selok belok perniagaan dengan calon ini. Jangan risau dia sempoi!)

3. KERJASAMA ERAT PERKESO BANTU RAKYAT DAPATKAN HAK MEREKA

Gambar ini diambil pada Julai 2016

Sepanjang beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, pelbagai kerjasama telah diadakan dan diantaranya adalah bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Antara usaha dilakukan adalah membantu individu yang kurang bernasib baik atas kematian ahli keluarga atau yang terlepas bantuan sepatutnya diterima.

Terlalu ramai yang terlepas pandang. Oleh itu hasil kerjasama ini sedikit sebanyak membantu mereka yang ditimpa musibah.

Kerjasama erat ini telah berlangsung hampir setahun yang lalu dan akan diperhebatkan pada masa akan datang.

4. PROGRAM ZIARAH KASIH TELAH JELAJAH LEBIH 700 BUAH RUMAH

Oktober 2016

Jika kerjasama antara PERKESO berusia setahun lebih, program Ziarah Kasih pula telah diwujudkan lebih lama daripada itu.

Jangan lupa beliau adalah Timbalan Ketua UMNO bahagian.

Jika ada persepsi mengatakan calon ini hanya timbul ketika kempen PRU, anda ternyata silap.

Ini kerana Ziarah Kasih telah pun melawat hampir 700 rumah keseluruhannya.

Menerusi Ziarah Kasih ini juga, bantuan barangan keperluan harian, wang saku serta semakan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilakukan.

Nescaya program ini akan diperluaskan selepas ini supaya kebajikan masyarakat terbela.

5. JIWA MUDA SANTUNI GOLONGAN GEN-Y

Kerja kebajikan dan Program Menyantuni Rakyat bukan hanya tertakluk pada golongan tua semata-mata.

Ini dibuktikan dengan pelbagai konsep ‘turun padang’ dilakukan calon ini.

Antara aktiviti kerap diilakukan  ialah servis dan menukar minyak hitam motosikal secara percuma yang dilaksanakan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda bahagian.

Tujuannya adalah meringankan beban golongan muda yang mempunyai dan menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama harian mereka.

BONUS! JANGAN TAK TAHU BELIAU JUGA ADALAH MANTAN KETUA WHIP MPBP!

Jadi, apakah kelebihannya menjadi Mantan Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat?

Jika anda tahu, ia semestinya memberi manfaat kepada pembangunan dan kemudahan di kawasan penduduk itu sendiri.

Selain mempunyai hubungan erat dengan majlis perbandaran, pengalaman menjadi ketua Whip juga memberi kelebihan bagi membangunkan sesuatu kawasan itu.

Ada saja masalah, boleh utarakan kepada beliau, pastinya calon ini lebih arif mengenalpasti saluran terbaik untuk dibantu.

 

Kini keputusan semuanya terletak di tangan anda. Andalah yang bakal menentukan nasib N24! Selamat mengundi MYBP ucapkan!

SHARE
Artikel SebelumMohon Aliyah Pulang Segera

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here